‘Malaysia’s Jungle Railway’, Satu Pengembaraan

Dikenali dengan nama Laluan Pantai Timur kerana ia merentasi dua negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang dan Kelantan. Laluan ini tidak melalui kawasan pantai dan hanya bertemu dengan Laut China Selatan apabila ianya tamat di Tumpat. Ia melalui kawasan pedalaman, hutan tebal, yang cukup sinonim dengan gelaran ‘Laluan Hutan’ .