Dikenali dengan nama Laluan Pantai Timur kerana ia merentasi dua negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang dan Kelantan. Laluan ini tidak melalui kawasan pantai dan hanya bertemu dengan Laut China Selatan apabila ianya tamat di Tumpat. Ia melalui kawasan pedalaman, hutan tebal, yang cukup sinonim dengan gelaran ‘Laluan Hutan’ .
Tag Archives: Malayan Railway
Jelajah ‘Laluan Hutan’ Keretapi Tanah Melayu
Sebelum menulis catatan perjalanan ini, saya tertanya-tanya apa reaksi pembaca mengenai pengalaman yang bakal saya kongsikan bersama memandangkan sudah banyak coretan dan perkongsian pengalaman menaiki kereta api ‘Laluan Hutan’ ni. Namun ianya bukanlah titik nokhtah bagi saya untuk berkongsi pengalaman kerana pengalaman perjalanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza walaupun sudah beratus kali naik kereta api.Continue reading “Jelajah ‘Laluan Hutan’ Keretapi Tanah Melayu”