Belum….The Land Before Time

Kompleks hutan yang berkeluasan lebih 300,000 hektar ini adalah empat kali lebih besar daripada Singapura ini telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu, menjadikannya salah satu hutan tropika tertua di dunia dan dikatakan lebih tua daripada hutan Amazon di Brazil dan Congo di Afrika!

Selalu sangat rasanya kita semua bercerita tentang pengalaman ‘city tour’. 

Namun kali ini, saya ingin kongsi pengalaman yang agak berbeza dan luar biasa dari apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Pernah dengar tentang Pulau Banding dan Hutan Tropika Belum Temengor? Haa…pasti ada yang tertanya-tanya kat mana kan?

Pulau Banding memang banyak meninggalkan kenangan kerana penglibatan saya secara langsung dalam pembinaan, pembukaan rasmi, pengurusan dan pentadbiran pusat peranginan di Pulau Banding ini suatu ketika dahulu.

Penginapan ‘Eco-Tourism’ yang dikenali dengan nama Belum Rainforest Resort….

Pengenalan

Pulau Banding yang berkeluasan 243 hektar terletak di Gerik, Perak merupakan sebuah pulau ‘buatan manusia’ yang terbentuk apabila Empangan Temengor siap dibina pada awal 1970an. Ianya dikelilingi oleh sebuah tasik yang luas akibat dari percantuman sungai-sungai dan membentuk sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Temengor dengan dikelilingi oleh Kompleks Hutan Tropika Belum-Temengor yang terdiri dari ‘Royal Belum State Park’, ‘Belum Forest Reserve’, ‘Temengor Forest Reserve’ dan ‘Gerik Forest Reserve’.

Selain berfungsi untuk penjanaan kuasa hidroelekrik, projek empangan ini juga merupakan satu strategi kerajaan untuk menghapuskan ancaman komunis di Tanah Melayu pada ketika itu. Kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand menjadikan hutan ini tempat persembunyian gerila komunis tetapi dengan terbinanya empangan di sini, laluan rahsia pihak komunis ini telah tenggelam dan sekaligus memaksa komunis meninggalkan kawasan ini.

HKompleks Hutan Tropika Belum – Temengor

Kompleks Hutan Tropika Belum-Temengor merupakan kompleks hutan yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di bahagian utara kawasan ini adalah Royal Belum yang berkongsi sempadan dengan Thailand, manakala dinbahagian selatan pula ialah ‘Temengor Forest Reserve’ atau juga dikenali sebagai Lower Belum. 

Kompleks hutan yang berkeluasan lebih 300,000 hektar ini adalah empat kali lebih besar daripada Singapura. Kompleks hutan ini telah wujud sejak 130 juta tahun dahulu, menjadikannya salah satu hutan tropika tertua di dunia dan dikatakan lebih tua daripada hutan Amazon di Brazil dan Congo di Afrika!

Bagi anda yang ingin masuk ke kawasan ‘Royal Belum State Park’, PERMIT perlu dipohon dari Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP). 

Macam mana nak ke sana?

Ada dua cara bagi menikmati pengalaman berbeza untuk ke Pulau Banding. Pertama dengan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di persimpangan keluar Kuala Kangsar dan seterusnya melalui Lebuhraya Timur Barat. Perjalanan sejauh lebih kurang 365 kilometer dari Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 4 jam 15 minit akan melalui kawasan luar bandar serta pemandangan yang indah di sekitar laluan.

Bagi anda yang tidak ingin memandu pula, anda boleh memilih menaiki perkhidmatan ETS yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad) dan turun di Stesen KTM Kuala Kangsar. Jarak dari Stesen KTM Kuala kangsar ke Pulau Banding pula adalah lebih kurang 140 kilometer dan ianya akan mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dengan van/kereta.

Stesen KTM Kuala Kangsar
ETS – KTM Berhad

Pulau ini dihubungkan oleh Jambatan Temengor yang menjadi sebahagian daripada Lebuhraya Timur Barat. Lebuhraya sepanjang 125 kilometer ini menghubungkan Gerik di sebelah Barat dan Jeli di sebelah Timur. 

Jambatan Temengor

Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding akan ada lihat sebaik sahaja anda melintasi Jambatan Temengor.

Belum Rainforest Resort
Tenang

Belum Rainforest Resort

Main Lobby

Penginapan

Terdapat 5 jenis penginapan yang ditawarkan di Belum Rainforest Resort.

  1. Bilik ‘superior’ Azlanii dan bilik jenis ‘deluxe’ Balau;
  2. Bilik ‘Executive Deluxe’ Chengal; 
  3. Chalet tradisional seperti Tualang, Pulai dan Meranti;
  4. Villa mewah seperti Villa Tanjung Wan dan Villa Santubong;
  5. Houseboat.
Bilik Superior Azlanii
Bilik Deluxe Balau
Bilik Chengal – Garden View
Bilik Chengal – Lake View
Chalet

Chalet Tualang
Chalet
Chalet

Bagi mereka yang berkunjung dalam jumlah ahli yang ramai, penginapan jenis villa dan houseboat merupakan pilihan alternatif.

Villa Tanjung Wan
Villa Tanjung Wan – Ruang Makan
Villa Tanjung Wan – Bilik Tidur
Villa Santubong
Villa Santubong

Perbezaan antara bilik, chalet dan Villa adalah dari segi keluasan dan pemandangan dari dalam bilik. Dari segi kemudahan pula, bilik jenis Azlanii dan Balau sahaja yang tidak mempunyai TV. 

Semua bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti minibar, cerek elektrik, day bed dan juga WiFi. Bagaimanapun, semua itu bukanlah keutamaan bagi saya kerana kebanyakan masa saya sudah pasti dihabiskan dengan aktiviti di luar. Rugilah kalau sampai di sini kalau nak lepak dalam bilik. Saya rasa anda pasti akan mengambil peluang untuk keluar menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara segar apabila berada di sini.

Restoran

Anda tak perlu risau nak makan kat mana kerana ada 2 restoran kat resort ni. Hornbill Restaurant yang terletak tidak jauh dari bilik penginapan menjadi tumpuan untuk saya dan pengunjung bersarapan pagi makan dan makan malam. Sajian tempatan dan antarabangsa merupakan menu yang ada di sini. 

Hornbill Restaurant
Hornbill Restaurant

Bagi saya, breakfast di sini sama macam breakfast di hotel-hotel lain, enak dan cukup untuk mengalas perut sebelum memulakan aktiviti. Saya cadangkan anda jangan lupa untuk bersarapan sebelum memulakan sebarang aktiviti rekreasi.

Selain sarapan, hidangan dinner ala-carte di sini juga sangat memuaskan dari segi rasa dan portion yang diberikan pula sangat bersesuaian serta berbaloi dengan harganya. Hornbill Restaurant ini dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Sidai Restaurant

Satu lagi restoran yang amat unik di Belum Rainforest ni adalah Sidai Restaurant. Ianya merupakan tempat yang santai dengan ciri-ciri unik dengan hidangan enak Western dan Mediterranean.  Terletak betul-betul bersebelahan tasik, pastinya membuatkan ada teruja dengan pemandangan tasik sambil menikmati juadah. Sidai Restaurant ini dibuka dari jam 12.30 tengahari sehingga 10.30 malam.

Tor Tambra Bistro

Bagi yang suka bersantai dan lepak pada waktu malam sambil menikmati muzik, Tor Tambara merupakan tempat yang anda perlu kunjungi. Ianya dibuka bermula jam 5.00 petang sehingga jam 12.00 tengah malam.

Belum SPA & Wellness

Setelah penat seharian menikmati keindahan alam semulajadi melalui pakej-pakej yang telah disediakan oleh pihak resort, SPA menjadi tempat bagi pengunjung untuk mengembalikan semula kesegaran anggota badan dengan urutan Thai. Ianya dibuka dari jam 11.00 pagi hingga jam 10.00 malam.

Kolam Renang

Jika anda datang dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak, pastinya ‘swimming pool’ menjadi tumpuan mereka. Kolam renang di sini berkonsepkan infinity pool. Saiz kolam di sini sederhana serta ianya ada bahagian cetek untuk kanak-kanak. Bagi saya, yang menarik ialah view dari pool yang bertentangan dengan Tasik Temengor yang merupakan ‘kolam renang’ semulajadi yang luas. Memang epic…..

Pakej dan Aktiviti Rekreasi

Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan oleh Belum Rainforest Resort seperti Discover Belum, Temenggor Walk, Discover Lower Belum, Rafflesia Spotting dan Night Trekking. Berikut adalah maklumat ringkas tentang pakej-pakej yang ditawarkan :-

a) Discover Belum

  • Meneroka hutan tropika di ‘Royal Belum State Park’;
  • Menjejaki bunga Rafflesia
  • Melawat perkampungan orang asli di Sungai Kejar Hill
  • Melawat Sira Gajah atau ‘Salt Lick’ di Jenut Papan
  • Menikmati perkelahan dan makan tengahari di air terjun Sungai Ruok
  • Minimum 2 peserta
  • Tempoh: 6 -7 jam
  • Harga: RM380 per pax (harga termasuk boat transfer dan packed lunch)

Nota : Permit masuk diperlukan untuk pakej DISCOVER BELUM ini. Salinan KAD PENGENALAN atau passport perlu diserahkan selewat-lewatnya kepada pihak resort dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh yang dipilih. Ini bagi memudahkan urusan permohonan permit daripada pihak Perbadanan Taman Negeri Perak.

b) Temengor Walk

  • Meneroka hutan tropika di Lower Belum
  • Menjejaki bunga Rafflesia
  • Melawat perkampungan orang asli di Kampung Chuweh
  • Melawat Sira Gajah atau ‘Salt Lick’ 
  • Menikmati perkelahan dan makan tengahari di Sungai Nam Base Camp Waterfall Minimum 2 peserta
  • Tempoh: 6 – 7 jam
  • Harga: RM370 per pax (harga termasuk boat transfer dan packed lunch)

c) Discover Lower Belum

  • Meneroka hutan hujan di Lower Belum
  • Menjejaki bunga Rafflesia
  • Melawat perkampungan orang asli di Kampung Chuweh
  • Minimum 2 peserta 
  • Tempoh: 4 – 4.5 jam
  • Harga: RM250 per pax (harga termasuk boat transfer dan packed lunch)

d) Rafflesia Spotting

  • Meneroka hutan tropika di Lower Belum
  • Menjejaki bunga Rafflesia
  • Minimum 2 peserta
  • Tempoh: 2.5 – 3 jam
  • Harga: RM150 per pax (harga termasuk boat transfer)

e) Night Trekking

  • Meneroka hutan tropika di Pulau Banding pada waktu malam
  • Minimum 2 peserta (tempahan perlu dibuat selewat-lewatnya pukul 4 petang hari yang dipilih)
  • Tempoh: 1.5 – 2 jam
  • Harga: RM 45 per pax

Boat Cruises

a) Houseboat Lake Cruise

Jika anda tidak berpeluang untuk menginap tetapi teringin nak merasai pengalaman menaiki houseboat, anda boleh cuba pakej ini. Aktiviti yang mengambil masa kira-kira 2 jam bermula pada jam 5.30 petang setiap hari ini akan membawa anda mengelilingi Pulau Banding. Sekurang-kurangnya 4 orang peserta diperlukan untuk pakej ini. Maksimum peserta adalah seramai 15 orang. Tempahan bagi pakej ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada jam 3.00 petang pada hari yang sama.

Harga: RM100 per pax untuk dewasa dan RM50 per pax untuk kanak-kanak.

b) Round Island Cruise

Bagi yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi dengan bot di pagi hari pula, anda boleh menyertai pakej ‘Round Island Cruise’ yang bermula pada jam 10.00 pagi setiap hari dan tambahan waktu pada jam 3.00 petang setiap hujung minggu dan cuti umum. Aktiviti yang mengambil masa 45 minit hingga ke 2 jam ini akan membawa anda sekitar Pulau Banding untuk anda menikmati dan menghargai keindahan alam semulajadi. Minimum 2 orang peserta diperlukan. 

Harga: RM150 per pax

Wildlife Spotting

Selama ini kita hanya berpeluang melihat gajah ataupun hidupan liar lain di dalam zoo sahaja tetapi di sini pengunjung berpeluang melihat gajah dan hidupan liar (bergantung pada waktu/lokasi) di kawasan ini. Aktiviti wildlife spotting ini biasanya dilakukan di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat dan bermula ianya bermula dari jam 9.00 malam. Aktiviti ini memerlukan minimum peserta seramai 4 orang. Namanya pun hidupan liar, so sighting is not guaranteed namun pada kebiasaannya, peluang untuk melihat gajah adalah tinggi pada waktu malam ataupun awal pagi.

Harga: RM30 per pax

Permohonan Permit

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Royal Belum State Park, anda melalui operator pelancong atau resort yang menawarkan pakej tersebut perlulah membuat permohonan permit dari pihak Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP). Salinan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan atau pasport perlu diserahkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh lawatan. Jika tiada permit ini, anda tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan tersebut semasa tiba di dua (2) ‘check point’ iaitu ‘check point’ tentera dan ‘check point’ PTNP).

Banyak lagi aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh anda jalankan di sini seperti memancing, berakit yang dibuat dari buloh, berkayak dan lain-lain aktiviti yang disediakan oleh pihak resort bergantung kepada tempoh anda berada di sini dan juga berapa tebal poket anda..

Jika anda berminat untuk menginap di Belum Rainforest Resort, anda boleh buat semakan harga dan tempahan secara online di laman web Belum Rainforest Resort.

Nantikan kisah eksplorasi saya menaiki ‘houseboat’ dicoretan akan datang …….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: