Jalan-jalan Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah 2020

Dalam blog yang lalu, saya ada berkongsi pengalaman menaiki kereta api ‘Laluan Hutan’ antara Kuala Lipis – Wakaf Baru – Tanah Merah – Kuala Lipis. Alang-alang dah naik kereta api ke Pantai Timur tu, saya dan keluarga pun buat la itinerari ringkas untuk lawatan ke lokasi-lokasi menarik di bumi ‘Che Siti Wan Kembang’.

Di coretan ini, saya ingin berkongsi sedikit catatan jalan-jalan kami pula di Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah. Trip ini boleh dikatakan last minutes punya perancangan jugalah. Seminggu sebelum jelajah ni, saya dah pun pergi ke Kota Bharu dan Tanah Merah tapi tidak bersama keluarga. Bila balik tu saya fikir, why not bawa keluarga pulak kali ni.
Setelah berbincang dengan keluarga, kami pun bersetuju untuk buat perancangan untuk 3 Hari 2 Malam.

HARI PERTAMA

Kami sekeluarga tiba di Stesen KTM Wakaf Baru jam 10.20 pagi dengan Tren Shuttle 50/52 dari Kuala Lipis / Gua Musang. Ini adalah stesen terakhir sebelum Stesen KTM Tumpat dan ianya hanya lebih kurang 6 kilometer atau 12 minit dari Bandar Kota Bharu dengan menaiki kereta.

Jadi, kami tak susah nak dapatkan khidmat teksi, kereta sapu dan perkhidmatan e-hailing (Grab dan Maxim).

Tambang Grab ke Bandar Kota Bharu dalam lebih kurang RM9.00 hingga RM12.00 bergantung kepada jenis perkhidmatan yang anda pilih. Manakala tambang dengan kereta sapu pula adalah sekitar RM18.00 ke RM20.00.

Penginapan

Kami terus ke Bandar Kota Bharu memandangkan penginapan kami adalah di OYO 559 Aslah Boutique Hotel, Jalan Doktor, Kota Bharu. Kami pilih untuk tinggal di bajet hotel sahaja memandangkan kebanyakkan masa, kami akan berada di luar. Bilik dengan 1 katil besar dan 1 katil bujang dengan harga RM161.00 untuk penginapan selama 3 hari 2 malam memang cukup selesa untuk kami sekeluarga.

Tiba di hotel kami terus daftar masuk dan berehat sebentar di bilik. Selepas Zuhur, kami keluar untuk makan tengahari di Pasar Siti Khadijah. Kami makan menu ringkas jer sebab lepas ni nak makan lagi…Anak-anak pilih untuk makan mee celup…

Kota Sultan Ismail Petra | Muzium Adat Istiadat Raja

Selesai makan tengahari, merayaulah kami di sekitar kawasan Kota Sultan Ismail Petra yang berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah. Lepas posing ambil gambar dan mana-mana yang patut, kami pun singgah ke Muzium Adat Istiadat Raja iaitu salah satu dari 8 buah muzium yang ditadbir urus oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Dikenali juga dengan nama Istana Jahar, muzium ini terkenal kerana rekabentuk & senibina tradisional melayu Kelantan. Muzium ini pada asalnya merupakan Istana Raja Bendahara Long Kundur Bin Sultan Ahmad, ia dibina pada tahun 1887 dan pernah menjadi tempat persemayaman beberapa sultan yang memerintah termasuk Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV.

© deezzullens la photographie

Di dalam muzium ni ada dipamerkan pelbagai jenis Adat Istiadat Diraja Kelantan. Selain daripada itu, turut dipamerkan juga jenis-jenis tekstil, alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga. Bangunan ini sendiri telah melambangkan senireka bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan yang terkenal.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Pada bahagian belakang bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain.

© deezzullens la photographie

Bayaran masuk adalah RM2.00 untuk orang dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Selesai lawatan di Muzium Adat Istiadat Raja, kami singgah pula di Masjid Muhammadi. Masjid ini merupakan masjid negeri bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Masjid ini dibina pada tahun 1867.

Masjid Muhammadi
© deezzullens la photographie

Masjid Muhammadi yang juga dikenali sebagai Masjid Besar Kota Bharu ini dibina daripada kayu yang terpilih pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-2 dan pengubahsuaian daripada bangunan kayu kepada bangunan batu yang baru ala reka bentuk Barat telah dibuat pada tahun 1922. Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Muhammadi Kota Bharu.
Kewujudan Masjid Muhammadi bukan sahaja gah dari sudut binaan dan sejarah yang memateri namanya, malahan, ia menjadi daya penarik minat jemaah dan pelancong untuk mengunjunginya sejak dahulu hingga sekarang.

Serunding Kampung Laut

Tempat-tempat menarik di bandar Kota Bharu ni jaraknya tidak jauh di antara satu sama lain. Kalau jalan kaki cuma antara 3 hingga 5 minit sahaja. Kami berjalan kaki ke Tambatan Diraja untuk menaiki bot atau ‘muto sunga’ ke Jeti Kampung Laut yang terletak di Jajahan Tumpat. Kalau nak naik Grab atau teksi pun boleh namun kami pilih perjalanan santai dengan mengharungi Sungai Kelantan.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Tambang sehala setiap perjalanan bagi dewasa adalah RM1.50 memang murah. Kalau naik Grab atau teksi tak kurang dari RM15.00 ke RM20.00 kalau nak ke sana. 

Perjalanan dengan bot mengambil masa 20 minit untuk sampai ke Jeti Kampung Laut. Pak Hassan atau lebih dikenali dengan nama ‘Pok Say’ memang dikenali di kalangan pengguna yang berulang alik saban hari antara Jeti Kampung Laut dan Tambatan Diraja.

Deruman enjin bot dan suasana angin yang bertiup nyaman, menjadikan suasana lebih santai. Bukannya tak pernah naik bot, tapi pengalaman tiap kali menaikinya tu yang buat kami sentiasa teruja. Teringat pula macam trip ke Ho Chin Minh tahun lepas.

Kami tiba di Jeti Kampung Laut pada jam 4.35 petang. Menurut Pok Say, dia akan berpatah balik semula ke Tambatan Diraja selepas Solat Asar. Jadi memandangkan kami sekeluarga memberi jaminan akan menunggu kami sehingga selesai urusan kami di Kampung Laut.

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa kami ke Jeti Kampung Laut kan? Apa yang menarik sehingga kami sanggup naik bot ke situ?

Bagi pengemar serunding, kawasan sekitar Kampung Laut adalah kawasan pengeluar serunding yang diproses secara tradisional paling popular dan sudah terkenal sejak beberapa dekad yang lalu. Jenis-jenis serunding yang dihasilkan di sini ialah serunding daging (daging tempatan dan import), serunding ikan dan serunding ayam.

Sampai kat situ, kami terus pergi ke Perusahaan Serunding Pok Wan. Beliau adalah antara puluhan pengusaha serunding di Kampung Laut ni. Harga serunding yang kami beli pun berpatutan serta sesuai dengan rasanya. Kami juga diberi peluang oleh Pok Wan untuk melihat sendiri bagaimana proses penghasilan serunding dijalankan. Beliau juga sempat berkongsi pengalaman dan tip bagi menghasilkan serunding. 

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Perghhh…masuk jer dapur dah bau semerbak apabila serunding ini sedang dimasak.

Sebelum kami pulang, Pok Wan sempat ‘tapau’ kan kami daging serunding panas-panas yang baru sahaja selesai dimasak (yang ni belum jadi serunding lagi. Masih belum kering). Memang terliur dari tadi bila tengok daging yang sedang dimasak dalam kuali. Pucuk dicita ulam mendatang. Tak sabar rasanya nak beli roti dan cecah daging ni.

Selain dari itu juga, bagi yang pernah berziarah ke Masjid Kampung Laut, di Nilam Puri, sudah pasti tahu asal usul masjid tersebut. Tapak asal masjid tersebut sebenarnya terletak di pinggir Sungai di Kampung Laut ini suatu ketika dahulu.

Akan tetapi ia rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. 

Serunding dah beli, tengok proses pembuatan serunding pun sudah. Jadi, kami pun terus ke Jeti untuk balik semula ke Tambatan Diraja. Tambang bagi kami sekeluarga (pergi balik) adalah RM12.00. Kami tiba di Tambatan Diraja pada jam 5.15 petang dan terus berjalan kaki ke hotel penginapan kami yang tidak jauh dari situ.

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020

Kebetulan pula….Pada malam tersebut telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah disempurnakan oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan.

Pelbagai program turut diadakan sempena Majlis Pelancaran diantaranya persembahan kereta berhias, perarakan kolej Gentera dan rakan strategik TMK2020, persembahan kebudayaan Kelantan dan banyak lagi. Meriah dan penuh dengan warna-warni.

Medan Warisan Makanan dan Agrotruck

Masa kami berjalan kaki nak ke stadium malam tu, kami nampak ada tempat yang menarik untuk kami singgah. So bila dah balik dari stadium, kami pun singgahlah kat Medan Warisan Makanan dan Agrotruck Dataran Bandaraya Kota Bharu, yang terletak berhadapan dengan Jewels Hotel dan Bangunan MARA Kota Bharu.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Memang meriah tempat ni dengan food truck, live band dan busking band rupanya pada waktu malam. Kebetulan dekat pulak dengan hotel tempat kami menginap. Terdapat berbagai jenis makanan dan minuman yang sememangnya sedap-sedap belaka. Dibuka bermula jam 6.00 petang, berhenti seketika pada waktu Maghrib lebih kurang sejam, dan bersambung sehingga tamat jam 12.00 tengah malam. 

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Dengan adanya medan food truck seperti ini, Kota Bharu tak lagi sunyi lagi kalau waktu malam. Ianya juga merupakan tempat lepak alternatif bagi mereka yang inginkan kelainan. 

Kami pun beli beberapa jenis juadah untuk dibawa balik ke hotel. Maka berakhirlah hari pertama kami di Kota Bharu. Kena tidur awal kerana banyak lagi tempat-tempat menarik untuk lawatan pada hari kedua.

HARI KEDUA
‘Floating Market’, Sungai Pengkalan Datu
© deezzullens la photographie

Kami sekeluarga meneruskan jalan-jalan kami di Kota Bharu pada hari kedua ke lokasi seterusnya iaitu Sungai Pengkalan Datu. Ianya merupakan salah satu lokasi ‘floating market’ yang ada di Kota Bharu ni. Saja nak tengok suasana dan jenis-jenis juadah yang dijual di situ. Bagi makluman anda, ianya hanya dibuka pada setiap Hari Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang sahaja.  Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Ada lebih kurang 4 buah sampan dan lebih dari 8 buah gerai menjual pelbagai jenis juadah tradisional dan makanan laut di sini.  Meja dan tempat duduk ada disediakan bagi yang ingin terus menikmati juadah di sini sambil menikmati keindahan pagi di tepi Sungai Pengkalan Datu.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
Galeri Wau Pak Sapie
© deezzullens la photographie

Negeri Che Siti Wan Kembang ni memang terkenal dengan seni penghasilan Waunya. Lawatan ke Galeri Wau Pak Sapie yang terletak di Kg Badang ni memang dah lama dalam checklist kami, cuma tak berkesempatan jer.

© deezzullens la photographie

Namun kali ni, Alhamdulillah tercapai jua hajat. Kedatangan kami disambut oleh Abg Wan Anuar yang juga anak kepada Allahyarham Pak Sapie. Beliau yang menguruskan galeri ini sejak ketiadaan Pak Sapie.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Sempat jugalah Abg Wan Anuar berkongsi pegalaman, informasi dan demonstrasi pembikinan wau, dari petua memilih, menebang, meraut buluh hinggalah proses ‘balancing’ bagi meghasilkan rangka wau.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Memang rumit dan teliti sungguh dan tidak hairanlah jika harga sebuah wau boleh mencecah sehingga ribuan Ringgit Malaysia. Bagi anak-anak saya, ia merupakan suatu pengalaman baru yang cukup berharga bagi mereka.

Kelantan ‘Floating Market’, Pulau Suri
© deezzullens la photographie

Destinasi kami seterusnya adalah Kelantan ‘Floating Market’, Kampung Masseroja yang terletak di Pulau Suri, Tumpat. Bagi ke Pulau Suri, kami menaiki bot dari jeti Kelantan “Floating Market’ yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Kota Bharu. 

© deezzullens la photographie

Tiket bagi menaiki bot ke Pulau Suri ni perlu dibeli di khemah urusetia di jeti berkenaan. Bayaran RM5.00 (RM4.00 tambang + RM1.00 caj insurans) bagi dewasa untuk perjalanan pergi dan balik manakala kanak-kanak pula hanya perlu bayar RM1.00 untuk caj insurans.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Perjalanan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit bergantung kepada jenis/muatan bot yang anda naiki.

‘Floating Market’ ni lebih meriah dari Sungai Pengkalan Datu yang kami kunjungi sebelum ini. Terdapat kira-kira 10 buah sampan dan 10 buah gerai yang menjual pelbagi jenis juadah dan makanan laut di sini.   

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Tempat yang santai dengan tiupan angin dari Laut China Selatan betul-betul berbaloi dengan perjalanan yang kami tempohi untuk sampai ke sini. Apalagi, kami sekeluarga pun beli beberapa jenis juadah dan lepak di bawah khemah-khemah yang dibuat dari dari payung terjun lama.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Kawasannya yang begitu redup dek pokok-pokok kelapa yang rendang dengan cahaya matahari menyinari dari celah-celah daun begitu tenang dan mendamaikan.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Seperti ‘Floating Market’ di Pengkalan Datu, ianya juga hanya dibuka pada setiap Hari Sabtu, dari jam 8.00 pagi hingga jam 2.00 petang sahaja.

Masjid Ar-Rahman

Setelah selesai makan dan santai di Pulau Suri, kami beredar untu ke lokasi yang seterusnya iaitu ke Masjid Ar-Rahman yang terletak di Pulau Gajah, Pengkalan Chepa untuk Solat Zuhor.

© deezzullens la photographie

TERPEGUN seketika….Itu yang boleh saya gambarkan tatkala menghampiri perkarangan Masjid Ar Rahman ini. Mana tidaknya, keindahanan seni bina serta reka bentuk yang unik begitu memukau mata sesiapa yang datang berziarah buat kali pertama.

© deezzullens la photographie

Masjid ini terletak kira-kira lebih kurang 7 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra  dan mula dibuka pada tahun 2018. Masjid ini kian menjadi sebutan dan menjadi tumpuan bukan hanya pelancong-pelancong namun pemimpin serta ketua dari dalam dan luar negara.

Terdapat ukiran ayat Al-Quran yang diperbuat dari kayu dengan munggunakan kepakaran pengukir dari Japara, Indonesia memenuhi ruang atas masjid. Kebanyakkan hiasan  dalaman masjid ini diperoleh dari negara luar.  Dua batang pokok tamar di kawasan mimbar misalnya diimport dari Timur Tengah.

© deezzullens la photographie

Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh seorang pemilik dan dibina di atas tanah paya bakau. Ini membuatkan ia seolah-olah berada di tengah-tengah pulau.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Menurut Imam masjid, pewakaf yang enggan namanya disebut juga turut menanggung kos pembinaan masjid, selain bertanggungjawab sepenuhnya dalam rekaan masjid yang menggabungkan seni bina Melayu Kelantan, Indonesia, dan sedikit elemen Turki dan Yaman.

© deezzullens la photographie

Masjid ini agak sejuk di bahagian dalam walaupun tanpa penghawa dingin. Ini kerana binaan tingkap dari atas ke bawah di sekeliling bangunan ini secara tidak langsung memberi laluan angin untuk masuk dan keluar.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

10 batang kayu Cengal dari kawasan hutan Hulu Kelantan juga menjadi penyeri dalam pembinaan masjid ini. Ironinya, lima batang kayu anggaran sebesar pemeluk yang didirikan di ruang solat dalam masjid ini merupakan simbolik kepada 5 Rukun Islam.

© deezzullens la photographie

Beduk dan ketuk-ketuk di luar masjid juga adalah yang asli dibeli dari negara jiran.Walaupun ia tidak digunakan, tetapi warisannya boleh dipamerkan serta dikongsikan kepada generasi muda.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Jika anda ke Kota Bharu, saya berpendapat anda sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah solat di Masjid Ar-Rahman ini. 

Rumah Api Pantai Senok

Selesai solat Zuhor, kami terus pula ke Pantai Senok di Jajahan Bachok atau dikenali dengan nama Pantai Nami untuk melihat Rumah Api serta keindahan pantainya.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Memang betul bagai digambarkan, deretan pokok-pokok di tepi pantai ini menggamit kenangan saya semasa berkunjung ke Nami Island , Korea Selatan. Cuma salji jer yang tak turun macam cerita ‘Winter Sonata’ tu.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
Restoran Nasi Ulam Cikgu

Rasanya belum terlambat untuk kami singgah makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di bandar Kota Bharu. Dalam perjalanan pulang dari Bachok, kami singgah untuk makan di restoran kegemaran ramai ini. 

Bagi penggemar makanan yang berasaskan ulam-ulaman, pastinya Restoran Nasi Ulam Cikgu yang terletak di Muzium Kraftangan Kota Bharu ini menjadi pilihan untuk makan tengahari. Ia merupakan salah satu lokasi makan-makan yang popular di Kota Bharu. Berkonsepkan menu kampung ala Kelantan, masakan di sini enak dan harganya berpatutan.

Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman disediakan di sini. Budu, cencaluk dan kerabu campur juga disediakan untuk menambahkan lagi keenakan ulaman tersebut. Menu lain adalah ikan keli Afrika goreng, ayam percik, asam pedas ikan patin, ikan atau daging singgang dan macam-macam lagi.

Pasar Malam Tanah Merah

Destinasi terakhir kami untuk hari kedua di Kelantan adalah Pasar Malam Tanah Merah. Memang jauh sikit la dari bandar Kota Bharu iaitu kira-kira 49 kilometer atau 40 minit perjalanan dari hotel penginapan kami. Takde masalah jalan jauh ni sebab hari-hari pergi balik dari rumah ke pejabat pun dah lebih kurang 120 kilometer. Layankan jer lah demi mencari juadah-juadah yang menarik di negeri Kelantan ni.

Bagi yang tak nak memandu, boleh juga menaik keretapi untuk ke Tanah Merah. Saya ada kongsikan perjalanan dengan kereta api ke Tanah Merah dalam blog saya yang lalu.

So, apa yang menarik di Pasar Malam Tanah Merah ni? Bagi saya mencuba sesuatu yang baharu itu memang jadi tradisi kami sekeluarga. Pasar Malam Tanah Merah ini terletak di sepanjang Jalan Dato’ Nik Mustapha atau di belakang Pasar Besar Tanah Merah. 

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Pasar Malam ini beroperasi pada setiap Hari Sabtu mulai jam 5.30 petang. Pelbagai jenis juadah tradisi Kelantan ada dijual dengan harga yang berpatutan.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Kalau anda sampai awal, anda juga boleh ke Pasar Besar Tanah Merah untuk beli barangan dapur atau makan di Medan Selera Pasar yang terletak di tingkat 2. Antara menu yang menarik di situ adalah Mee Kuah. Boleh cuba. Ianya Nampak ringkas tapi rasanya memang tak boleh lupa.

© deezzullens la photographie
HARI KETIGA

Hari ketiga adalah hari terakhir kami di Kota Bharu.  Kami plan untuk habiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu sahaja. Ada lagi tempat-tempat  dalam senarai lawatan yang masih belum kami kunjungi. 

Muzium Perang Bank Kerapu

Juga dikenali Memorial Perang Dunia Kedua, muzium yang terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka ini asalnya  The Mercantile Bank of India Limited” yang merupakan bank perdagangan pertama di Kelantan dan beroperasi pada tahun 1912. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, bank ini telah diambil alih oleh “The Hongkong and Shanghai Bank”.

Ia dikenali dengan nama Bank Kerapu kerana keadaaan dinding bangunan tersebut ditampal dengan simen berkerutu dan tidak licin.

Muzium ini mempamerkan artifak dan gambar-gambar mengenai sejarah Peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yang merupakan permulaan Perang Dunia  Dunia Kedua di Tanah Melayu yang bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941. 

Bayaran masuk adalah RM2.00 untuk dewasa manakala RM1.00 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Muzium Diraja

Muzium Diraja juga dikenali dengan nama Istana Batu. Pada zaman dahulu, ianya dipanggil Istana Batu kerana struktur bangunan ini diperbuat dari konkrit simen, sedangkan dua buah Istana berdekatan iaitu Istana Balai Besar dan Istana Jahar hanya diperbuat dari kayu.

© deezzullens la photographie

Di muzium ini  dipamerkan Sejarah Kesultanan Kelantan sejak awal hingga sekarang termasuk salasilah, penulisan-penulisan, rajah-rajah, gambar-gambar, pakaian-pakaian rasmi, barang-barang hadiah dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Kelantan.

© deezzullens la photographie

Setiap ruang dan bilik yang terdapat di istana ini disusun atur indah dengan barangan kristal, perak dan tembaga serta perabot antik yang tidak ternilai harganya.
Bayaran masuk adalah RM2.00 untuk dewasa manakala RM1.00 untuk kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Jumaat bermula 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

Muzium Kraftangan

Muzium ini juga dikenali sebagai Kampung Kraftangan. Ia terletak di sebelah Jalan Hilir Kota bersebelahan dengan Istana Balai Besar.

© deezzullens la photographie

Muzium ini mempamerkan bahan-bahan kraftangan seperti anyaman, berbagai jenis corak batik, sulaman dan juga tenunan songket.

Di sini juga terkumpulnya hasil seni buatan tangan masyarakat Melayu Kelantan sama ada untuk jualan mahupun pameran.

Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buloh Kubu

Sebelum mendaftar keluar dari hotel, kami sekali lagi singgah di Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buloh Kubu untuk beli sedikit barangan untuk dibawa balik. Barangan dapur dan barangan tektil seperti kain ela, kain batik, kain pelekat dan tudung menjadi tumpuan kami sekeluarga. Tak la banyak beli, cukup sekadar untuk keperluan sahaja. 

© deezzullens la photographie

Kami juga singgah di untuk makan tengahari di KB Town yang menyediakan masakan Thai dan juga ‘Western’. Kami cuba menu masakan Tomyam Bangkok Viral yang dikatakan sangat popular.

© deezzullens la photographie

Selesai menjamu selera, kami pun balik ke hotel dan bersiap-siap untuk check out dan bersedia untuk ke Stesen KTM Wakaf Baru bagi meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Berakhirlah jalan-jalan kami di Kota Bharu untuk kali ni. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merancang percutian anda ke Kota Bharu nanti….

One thought on “Jalan-jalan Kota Bharu, Tumpat dan Tanah Merah 2020

  1. Nice… Terima kasih share..boleh Saya buat panduan next trip with family..tapi tue la tgu covid ni hilang dulu 😔

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: