Jelajah ‘Laluan Hutan’ Keretapi Tanah Melayu

Sebelum menulis catatan perjalanan ini, saya tertanya-tanya apa reaksi pembaca mengenai pengalaman yang bakal saya kongsikan bersama memandangkan sudah banyak coretan dan perkongsian pengalaman menaiki kereta api  ‘Laluan Hutan’ ni. Namun ianya bukanlah titik nokhtah bagi saya untuk berkongsi pengalaman kerana pengalaman perjalanan bagi setiap individu adalah berbeza-beza walaupun sudah beratus kali naik kereta api.

Bagi yang ingin tahu apakah itu kereta api ‘Laluan Hutan’ atau lebih dikenali dengan nama ‘Malaysia’s Jungle Railway’, ingin saya kongsikan di sini sedikit fakta. Laluan di Pantai Timur ini bermula dari Stesen KTM Gemas, Negeri Sembilan dan berakhir di Stesen KTM Tumpat, Kelantan. Gemas adalah tempat pertemuan Laluan Pantai Barat dan Laluan Pantai Timur.

Seperti di Pantai Barat, ia juga dikenali dengan Laluan Pantai Timur kerana ia merentasi dua negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang dan Kelantan. Laluan ini tidak melalui kawasan pantai dan hanya bertemu dengan Laut China Selatan apabila ianya tamat di Tumpat. Ia melalui kawasan pedalaman, hutan tebal, yang cukup sinonim dengan gelaran  ‘Laluan Hutan’ . Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang tidak dihubungkan dengan rangkaian kereta api.

Sesuai dengan peredaran zaman, kebanyakan operator kereta api di dunia sudah mula mengorak langkah untuk memodenkan perkhidmatan kereta api mereka. Ini termasuklah pembinaan landasan berkembar dan juga penggunaan kereta api elektrik. Malaysia juga tidak terkecuali dari mengikuti arus perubahan ini.

Jika pada satu ketika dahulu ada perkhidmatan Ekspres Rakyat, Ekspres Langkawi, Ekspres Senandung Malam, Ekspres WAU, Ekspres Lambaian Timur,  Ekspres Sinaran dan Keretapi Mel, kini perkhidmatan tersebut telah mula digantikan secara berperingkat-peringkat dengan perkhidmatan tren ETS (Electric Train Service) bagi destinasi yang mempunyai kemudahan landasan berkembar/elektrik antara laluan  Padang Besar – Gemas. Ketika blog ini dihasilkan, kerja-kerja pembinaan stesen-stesen baru dan landasan berkembar (PLBE) Gemas ke Johor Bahru sedang giat dijalankan.

Ketika ini, hanya perkidmatan Tren Ekspres Rakyat Timuran yang menghubungkan laluan Johor Bahru Sentral – Gemas – Gua Musang – Tumpat sahaja yang masih beroperasi menggunakan gerabak-gerabak yang ditarik oleh enjin diesel. Terdapat juga perkhidmatan tren henti-henti ‘shuttle’ yang menghubungkan beberapa bandar seperti laluan Pulau Sebang/Tampin – Gemas – Johor Bahru Sentral di selatan tanah air ataupun bagi laluan Kuala Lipis – Gua Musang – Tumpat di Pantai Timur semenanjung.

© deezzullens la photographie | 24115 Tun Biajid | Enjin Tren Shuttle 50/52 yang menarik jajaran koc kami ke Stesen KTM Tumpat

Perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat

Untuk trip yang ingin saya kongsikan di sini, saya dan keluarga telah memilih laluan Kuala Lipis – Gua Musang – Tumpat bagi merasai sendiri jelajah kereta api ‘Laluan Hutan’ ini. Akibat kekangan cuti kerja dan sesi persekolahan anak-anak, kami memilih laluan yang agak singkat sedikit. Bukannya apa, saja nak bagi keluarga merasai pengalaman bernilai yang ‘mungkin’ akan lenyap suatu ketika nanti.

© deezzullens la photographie | Penulis bersama keluarga

Saya juga telah menyediakan ‘itinerari’ ringkas sebagai panduan bagi kami sekeluarga agar masa yang begitu singkat dapat kami menafaatkan bersama-sama.

Kami memulakan perjalanan dengan memandu kenderaan sendiri dari rumah kami di Sungai Buloh, Selangor tepat jam 10.00 malam hari Khamis. Memandangkan laluan yang agak lancar pada malam itu, kami telah tiba seawal jam 1.00 pagi hari Jumaat (kira-kira 3 jam perjalanan santai dan berhenti makan) di Stesen KTM Kuala Lipis.

Meletak kenderaan tidak menjadi masalah dan selamat di Kuala Lipis kerana ada beberapa alternatif untuk meletakkan kenderaan anda. Terdapat beberapa petak letak kereta di hadapan Stesen KTM Kuala Lipis. Kupon letak kereta perlu dibeli dan dipamerkan jika anda ingin meletakkan kenderaan anda pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya difahamkan bahawa tempat letak kereta tersebut tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak Majlis Daerah Kuala Lipis (MDKL) pada cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.

© deezzullens la photographie | Tempat Letak Kereta di hadapan Stesen KTM Kuala Lipis

Bagi yang pertama kali naik Tren Shuttle laluan Pantai Timur ni, tiket-tiket hanya dijual di stesen-stesen laluan tren tersebut sahaja. Ianya tidak dijual di stesen-stesen laluan Pantai Barat Semenanjung (Selatan, Utara atau Lembah Klang) mahupun secara online. Tak perlu takut habis kerana ianya ‘free seating’.

Kaunter tiket telah dibuka pada waktu kami tiba. Oleh yang demikian, saya pun terus membeli tiket perjalanan bagi Tren ‘Shuttle’ laluan Kuala Lipis – Gua Musang Tumpat iaitu Tren 50 & Tren 52. Maklumat perjalanan Tren 50 & Tren 52 adalah seperti berikut :

Tren Shuttle 50 | Kuala Lipis – Gua Musang | ETD jam 3.00 pagi | ETA jam 5.16 pagi
Tren Shuttle 52 | Gua Musang – Tumpat | ETD 5.20 pagi | ETA 10.59 pagi

Untuk tambang sehala bagi perjalanan dari Kuala Lipis – Gua Musang – Tumpat adalah seperti berikut :

Tren Shuttle 50 | Dewasa – RM4.00 | Kanak-kanak – RM2.00
Tren Shuttle 52 | Dewasa – RM8.00 | Kanak-kanak – RM4.00

Jumlah tambang yang saya bayar untuk laluan Kuala Lipis – Gua Musang – Tumpat adalah sejumlah RM48.00 (sehala) seperti pecahan berikut :

Dewasa X 3 orang X RM12.00 = RM36.00
Kanak-kanak X 2 orang X RM6.00 = RM12.00

© deezzullens la photographie | Tiket Perjalanan Tren Shuttle 50 Kuala Lipis ke Gua Musang
© deezzullens la photographie | Tiket Perjalanan Tren Shuttle 52 Gua Musang ke Tumpat

Tempat duduk bagi Tren Shuttle adalah secara tempat duduk bebas atau ‘free seating’ (siapa cepat dia dapat duduk). Tiada masalah bagi kami untuk mendapatkan tempat duduk kerana tren ini akan memulakan perjalanannya dari Stesen KTM Kuala Lipis. Kami mengambil keputusan untuk duduk di koc yang paling belakang sekali.

© deezzullens la photographie | Tempat duduk koc biasa
© deezzullens la photographie |Penulis dan keluarga memilih untuk duduk di koc belakang sekali

Maka bermulalah pengalaman Jelajah kereta api ‘Laluan Hutan’ kami sekeluarga. Tren Shuttle ini menmpunyai 4 buah koc tempat duduk biasa dan sebuah koc ‘bufe’. Oleh kerana hari masih gelap, kami sekeluarga melelapkan mata buat seketika sehingga kami tiba di Stesen KTM Gua Musang pada jam 5.12 pagi.

Bagi anda yang ingin meneruskan perjalanan ke Tumpat atau lain-lain stesen selepas Gua Musang, anda tidak perlu untuk turun di Stesen KTM Gua Musang kerana tren tersebut hanya akan berhenti selama 4 minit sebelum meneruskan perjalanannya ke Tumpat.

© deezzullens la photographie | Stesen KTM Gua Musang
© deezzullens la photographie | Stesen KTM Gua Musang

Tepat jam 5.20 pagi, tren ini meneruskan perjalanannya ke Tumpat. Setelah hampir 1 jam 45 minit perjalanan, tren ini tiba di Stesen KTM Kemubu pada jam 7.05 pagi.

© deezzullens la photographie | Stesen KTM Kemubu

Bagi yang ingin bersarapan pagi, bolehlah terus ke koc bufe untuk menikmati sarapan pagi. Bagi yang sudah biasa pula, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk turun dan beli sedikit juadah sarapan dari warung bersebelahan landasan kereta api. Nasi berlauk (kari ayam, daging goreng) dan kuih muih ada dijual. Kena beli cepat2 kerana tren ni berhenti seketika sahaja sebelum meneruskan perjalanannya tepat jam 7.16 pagi.

Suasana awal pagi dengan dilitupi kabus yang tebal memang menggamit pandangan mata. Inilah saat yang ditunggu-tunggu & dengan menggunakan DSLR, saya sempat merakamkan beberapa panorama…

© deezzullens la photographie |
© deezzullens la photographie |

Setelah mendapat isyarat pelepasan, tren ini meneruskan perjalanan ke stesen berikutnya iaitu Stesen KTM Dabong. Satu lagi stesen yang ada keunikannnya tersendiri.

Di Stesen KTM Dabong, Tren Shuttle 52 ini ‘crossing’ dengan Tren Shuttle 51 dari Stesen KTM Tumpat dan meneruskan semula perjalanannya pada jam 7.30 pagi.

© deezzullens la photographie | Stesen KTM Dabong
© deezzullens la photographie | Stesen KTM Dabong
© deezzullens la photographie | Tren Shuttle 51 dari Tumpat

Perjalanan kami bertambah menarik apabila tren mula melalui laluan Dabong ke Kuala Krai. Dengan susana pencahayaan yang begitu baik & kabus yang amat ‘epic’ untuk perjalanan kali ini, peluang untuk merakam gambar-gambar tidak saya lepaskan.

© deezzullens la photographie | Merentasi hutan berbukit

Namun hati-hati ketika mengambil gambar-gambar panorama serta pemandangan yang menarik di luar ya. Jangan terlalu ‘excited’ sampai lupa akan keselamatan diri dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan KTM Berhad. Kalau boleh elakkan dari membuka pintu koc semasa kereta api sedang bergerak. Cukup dengan hanya ambil gambar dari dalam koc sahaja demi keselamatan anda.

© deezzullens la photographie | Banyak Jambatan besi seperti ini di laluan Pantai Timur

Banyak ‘momemt-moment’ menarik yang sempat saya rakamkan dan ianya saya ambil ketika tren sedang berhenti bagi menunggu isyarat ataupun dari dalam koc sahaja ataupun ketika berhenti di stesen (dengan minta izin dari pihak-pihak yang berkenaan).

© deezzullens la photographie | Merentasi 8 buah terowong
© deezzullens la photographie | Epic. Kabus tebal melitupi keheningan pagi
© deezzullens la photographie | Menyelusuri hutan belukar

Untuk rekod, ada sebanyak 8 buah terowong yang akan dilalui bagi laluan Dabong ke Kuala Krai ini. Ini antara gambar-gambar terowong yang sempat saya rakamkan…..(missed pulak terowong No. 1)

© deezzullens la photographie | Terowong No. 2
© deezzullens la photographie | Terowong No. 3
© deezzullens la photographie | Terowong No. 4
© deezzullens la photographie | Terowong No. 5
© deezzullens la photographie | Terowong No. 6
© deezzullens la photographie | Terowong No. 7
© deezzullens la photographie | Terowong No. 8

Tidak kurang juga keunikan stesen-stesen & hentian-hentian yang ada di sepanjang laluan ini…..ada stesen yang mempunyai dua landasan (main line & loop line) dan ada juga tren yang berhenti di hentian yang hanya mempunyai landasan utama (main line)….

© deezzullens la photographie | Stesen Bukit Abu
© deezzullens la photographie | Hentian To’ Uban

Bagi penumpang-penumpang yang ingin menikmati minuman panas sambil melihat keindahan alam semulajadi di ‘Laluan Hutan’ ini, Koc Bufe yang terletak di tengah-tengah jajaran 4 gerabak adalah lokasi lepak yang menarik. Santai & enjoy…

© deezzullens la photographie | Suasana di Koc Bufe
© deezzullens la photographie | Tunggu Hidangan Sarapan Pagi
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie | Lepak santai di Koc Bufe

Sebelum tiba di Stesen KTM Tanah Merah, tren ini meniti Jambatan Guillemard. Ianya merupakan sebuah jambatan kereta api yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah, Kelantan.

Jambatan Guillemard mula dibina pada tahun 1920, dan pembinaan jambatan ini diselesaikan pada bulan Julai 1924. Jambatan ini merupakan jambatan kereta api yang terpanjang di Malaysia (single line ya, nanti ada yang kata salah pulak). Untuk butiran lanjut, boleh la google ya…

© deezzullens la photographie | Jambatan Guillemard
© deezzullens la photographie | Jambatan Guillemard
© deezzullens la photographie | Jambatan Guillemard

Satu lagi panorama menarik sepanjang laluan adalah semasa tren melalui ‘viaduct’ yang panjang…..
‘Viaduct’ ialah jambatan yang terdiri daripada span-span kecil yang membentuk sesebuah ‘rail flyover’ atau ‘rail bridge’.

© deezzullens la photographie | Speechless..

Hampir semua terowong dan ‘viaduct’ yang terdapat di laluan ini telah dibina semenjak zaman British lagi. Namun semua ‘viaduct’ yang ada masih kukuh dan selamat untuk digunakan oleh kereta api yang menggunakan laluan tersebut.

Disebabkan Tren Shuttle ini berhenti di setiap stesen mahupun hentian kecil, peluang untuk merakam gambar stesen-stesen adalah cerah.

© deezzullens la photographie | Hentian Bukit Panau
© deezzullens la photographie | Hentian To’ Uban
© deezzullens la photographie | Hentian Chica Tinggi

Setelah mengharungi hampir 7 jam 20 minit perjalanan serta berhenti di 42 buah stesen/hentian, kami pun tiba di Stesen KTM Wakaf Baru. Memandangkan agak mudah mendapatkan khidmat ‘Grab Car di Stesen KTM Wakaf Baru, kami ambil keputusan untuk turun di stesen ini walaupun tiket yang kami beli adalah sehingga ke Stesen KTM Tumpat.

© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Perjalanan Pulang ke Kuala Lipis

Selepas 3 hari menjelajah Kota Bharu, Tumpat & Tanah Merah, tibalah masanya untuk kami sekeluarga pulang ke Kuala Lumpur. Bagi perjalanan ini pula, saya memilih untuk menaiki Tren 27 Ekspres Rakyat Timuran (Tumpat – JB Sentral). Untuk makluman, tiket bagi perjalanan balik adalah dari Wakaf Baru ke Kuala Lipis dan telah saya beli seminggu awal sebelum memulakan jelajah kami sekeluarga memandangkan permintaan yang tinggi bagi koc tempat tidur.

Maklumat perjalanan Tren 27 Ekspres Rakyat Timuran adalah seperti berikut :

Wakaf Baru – Kuala Lipis | ETD jam 7.08 malam | ETA jam 1.32 pagi

Untuk tambang sehala bagi perjalanan dari Wakaf Baru ke Kuala Lipis adalah seperti berikut :

Dewasa (Katil Bawah) – RM35.00
Pelajar (Katil Bawah) – RM29.00 (menggunakan KTM i-Card Student boleh dapat potongan sehingga 40% bagi harga tambang & tidak termasuk harga tempat tidur)

Jumlah tambang yang saya bayar untuk laluan Wakaf Baru – Kuala Lipis adalah sejumlah RM157.00 (sehala) seperti pecahan berikut :

Dewasa X 2 orang X RM35.00 = RM70.00
Pelajar X 3 orang X RM29.00 = RM87.00

© deezzullens la photographie | Tiket Perjalanan Tren 27 Ekspres Rakyat Timuran dari Wakaf Baru Ke Kuala Lipis

Perjalanan ini mengambil masa 6 jam 24 minit. Namun kami buat keputusan di saat akhir untuk naik di Stesen KTM Tanah Merah kerana nak bawa keluarga makan Mee Kuah di Pasar Besar Tanah Merah.

Untuk ke Tanah Merah, kami menaiki Tren ‘Shuttle’ 57 laluan Tumpat – Gua Musang. Maklumat perjalanan Tren 57 adalah seperti berikut :

Wakaf Baru – Tanah Merah | ETD jam 2.53 petang | ETA jam 3.45 petang

Untuk tambang sehala bagi perjalanan dari Wakaf Baru – Tanah Merah adalah seperti berikut :

Dewasa – RM2.00 | Kanak-kanak – RM1.00

Jumlah tambang yang saya bayar adalah sejumlah RM8.00 (sehala) seperti pecahan berikut :

Dewasa X 3 orang X RM2.00 = RM6.00
Kanak-kanak X 2 orang X RM1.00 = RM2.00

© deezzullens la photographie | Tiket Perjalanan Tren Shuttle 57 dari Wakaf Baru ke Tanah Merah
© deezzullens la photographie | 24126 Sang Sura | Tren Shuttle 57 dari Wakaf Baru ke Tanah Merah

Setelah selesai makan Mee Kuah, kami kembali semula ke Stesen KTM Tanah Merah bagi menunggu Tren 27 Ekspres Rakyat Timuran yang dijangka tiba dari Tumpat pada jam 7.49 malam.

© deezzullens la photographie | Stesen KTM Tanah Merah

Perasaan lega apabila tren tersebut tiba pada waktu yang telah dijadualkan. Apa lagi, gembira anak-anak bila meraka dapat tempat tidur katil bawah.  Koc kami iaitu Koc T8 terletak yang agak jauh dari koc bufe. Meskipun ianya terletak di belakang, saya pilih Koc T8 kerana inginkan ‘privacy’ & agak kurang penumpang yang lalu lalang untuk ke koc bufe.

© deezzullens la photographie | Koc Tempat Tidur T8
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie
© deezzullens la photographie

Dari pengamatan saya, ada sebuah lagi koc di belakang sekali tapi menurut sumber,  jualan tiket hanya akan dibuka pada jam 3.00 petang pada hari & tarikh perjalanan sahaja. Tempat tidur katil bawah amat selesa (pada pandangan peribadi saya) untuk kami melepaskan penat bagi mengharungi perjalanan selama lebih kurang 5 jam 30 minit.

Tren ini hanya berhenti di 4 buah stesen utama sahaja sebelum tiba di Stesen KTM Kuala Lipis.

Waktu malam rasanya berlalu dengan begitu pantas di ‘Laluan Hutan’ memandangkan tidak banyak yang boleh kita lihat di luar. Kami sekeluarga terus sahaja ke koc bufe bagi menikmati hidangan makan malam. Mee goreng panas2, roti bakar serta milo panas menjadi menu kami malam itu.

Sebelum tidur, saya pesan pada isteri & anak-anak untuk bangun seawal jam 1.00 pagi bagi bersiap-siap untuk turun di Stesen Kuala Lipis. Tren ini tiba di destinasi kami Stesen KTM Kuala Lipis pada jam 1.28 pagi. Tak perlu tergesa-gesa turun kerana krew yang bertugas dari Tumpat akan bertukar shif di stesen ini dengan krew yang akan meneruskan perjalanan ke stesen-stesen berikutnya.

© deezzullens la photographie | Tiba di Stesen KTM Kuala Lipis jam 1.28 pagi

Terima kasih kami ucapkan kepada semua krew & kakitangan KTM Berhad yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi membolehkan misi Jelajah Kereta api ‘Laluan Hutan’  kami terlaksana serta memastikan perjalanan kami selamat ke destinasi.

© deezzullens la photographie | 25107 Pulau Langkawi | Enjin yang menarik jajaran koc kami ke Stesen KTM Kuala Lipis

Kami tiba di kediaman kami pada jam 4.30 pagi setelah pemanduan santai selama lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kuala Lipis. Alhamdulillah, trip kami ini telah berjalan dengan lancar walaupun perancangannya dibuat pada saat akhir.

Demikianlah sedikit perkongsian Jelajah Kereta api ‘Laluan Hutan’ kami sekeluarga. Mungkin pengalaman kami ini dapat membantu pembaca-pembaca yang baru hendak merancang perjalanan ke laluan Pantai Timur ini. Kami sekeluarga dah pun rancang untuk trip berikutnya, Insya Allah akan kami kongsikan nanti..

Untuk maklumat lanjut mengenai Jadual Perjalanan dan Tambang, sila layari laman sesawang KTM Berhad

7 thoughts on “Jelajah ‘Laluan Hutan’ Keretapi Tanah Melayu

  1. Salam tuan. Tumpang bertanya. Gambar yang tuan ambil ni dari belakang koc kan? contohnya gambar terowong, maknanya itu view selepas keluar dari terowong. Betul?

    Like

  2. Syabas & Tahniah Tuan telah merakamkan pengalaman bermakna ini…Saya juga selalu travel naik Ekspren Timuran dari JB ke Tanah Merah tapi tak tahu nak buat blog mcm Tuan…Hanya gambar2 ini menghiasi dalam handphone sahaja le….

    Like

  3. saya sangat asyik membaca kisah catatan perjalanan dengan gambar2 yang terbaik !!! terima kasih sebab berkongsikan semuanya ..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: